Friday, May 28, 2004

ETIKA PENGURUSAN DIRI

Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-‎cita untuk mencuba.‎
‎1. Mempunyai tujuan hidup‎
Kenal pasti tujuan hidup sebenarnya. Matlamat peribadi hendaklah sama atau selari ‎dengan matlamat organisasi supaya wujud matlamat hakiki yang membawa kepada ‎kebahagian diri dan bersesuaian dengan organisasi. Setiap matlamat yang dibentuk ‎hendaklah yang khusus dan jelas.‎
‎2. Menjaga harga diri.‎
Setiap manusia itu mempunyai harga diri yang tersendiri. Kita seharusnya berasa puas ‎hati di atas kejayaan kita. Setiap kejayaan yang diperolehi hendaklah dibanggakan dalam ‎keadaan tenang. Tidak perlu perasaan ego atau membangga diri setelah setiap kejayaan ‎diperolehi. Untuk menjamin kita dapat mengekalkan harga diri yang baik hendaklah ‎tanamkan sifat ingin manjadi insane yang positif.‎
‎3. Sabar.‎
Orang yang tiada keyakinan biasanya kurang sabar. Setiap yang kita lakukan tidak ‎semestinya dapat dicapai kejayaan dalam waktu yang singkat. Orang yang mempunyai ‎keyakinan diri biasanya tertumpu kepada masa kini dan sebotaj masa depannya. Kita ‎janganlah mengharapkan sesuatu penghargaan itu dating dengan segera apabila kita ‎melakukan sesuatu dengan baik. Ia akan datang dengan sendirinya tanpa minta-minta.‎
‎4. Bentuk sifat ingin meneroka.‎
Keingan untuk meneroka sesuatu yang baru akan membentuk sifat kreatif dan inovatif ‎dalam diri. Kita selalu beranggapan bahwa apa yang kita tahu adalah benar, sebab itu kita ‎sentiasa mempertahankan apa yang kita tahu. Sedangkan kita sepatutunya tahu bahawa ‎tidak semua perkara yang kita tahu adalah benar.‎
‎5. Mempunyai ketekunan dan ketabahan.‎
Setiap sesuatu yang dilakukan memerlukan ketekunan dan ketabahan. Musuh utama ‎dalam usaha kita mencapai sesuatu kejayaan adalah kebosanan. Begitu juga dengan ‎komitmen dan minat yang mendalam apabila melakukan sesuatu yang akan membawa ‎kepada kejayaan.‎
‎6. Perspektif kendiri‎
Seseorang individu seharusnya mempunyai pandangan dalaman iaitu melihat dari dalam ‎diri apakah perkara yang dilakukan sesuai dengan prinsip diri dan etika yang telah ‎dibentuk. Di sambping itu individu tersebut harus juga melihat perspektif yang lain ‎terhadap dirinya mengenai sesuatu perkara. Kita juga harus mengenalpasti keutamaan ‎dalam sesuatu situasi. Kita juga harus menpunyai pemikiran ke hadapan.‎
‎7. Membentuk sifat merdeka.‎
Kita perlu membentuk sifat merdeka dalam membuat sebarang keputusan. Kita tidak ‎seharusnya terkongkong dengan pemikiran tertentu dalam membuat sebarang keputusan. ‎Namun begitu pandangan dan pendapat orang lain harus dipertimbangkan dalam ‎membuat keputusan.‎
BLAJA RAJIN2 JGN TGK VCD JER.. ‎

No comments: