Thursday, August 26, 2010

40 Dalil Lelaki Tidak Layak Menjadi Suami

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah
dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10, letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga"... siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia
mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki keranamereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

Rahsia Berkasih

Rahsia Berkasih...

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Monday, August 16, 2010

Al-Fatihah buat Cik Zul

Al-Fatihah buat arwah Pakcik Zul yang meninggal awal pagi tadi 16 Ogis 2010 6.00am di Senggarang Johor . Mudah mudahan rohnya di cucuri rahmat dan dimudahkan segalanya. Mak abah & alan otw balik johor. Al-Fatihah

Monday, August 09, 2010

Kata-Kata Hikmah

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun
hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia
itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya
layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang
bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya
Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan
(Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan,itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan" .

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman
dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan
menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan
orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya
kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi
kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa
yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang
tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula
ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa
melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa
jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan

Tuesday, August 03, 2010

Tips Doa Untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Erti Di Sebalik Kesetiaan

[Dr Cintun] Erti Di Sebalik Kesetiaan
  • Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

    Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…


    Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

    Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

    Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

    Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

    Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

    Pilihan adalah di tangan anda…


    Ehsan dari : http://www.tentangcinta.com
  • Monday, August 02, 2010

    Tips Cinta Jarah Jauh

    [Dr Cintun] Tips Cinta Jarak Jauh
  • Ramai yang bertanyakan pada kami tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.

    Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh.

    Percaya pada pasangan

    Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

    Setia walaupun jauh

    Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

    Berjumpalah walaupun seketika

    Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.


    Tanyalah khabar

    Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.

    Sambut hari ulang tahun bersama

    Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.


    Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

    Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

    Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

    Ehsan dari: http://www.tentangcinta.com
  • Wednesday, July 21, 2010

    Ciri-Ciri Seorang Kawan yg BEST!!!

    Something to think about. Are you a good friend...... ......... .?


    1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan,tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

    2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

    3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

    4) Hargai pendapat satu sama lain.

    5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

    6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

    7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)
    menjejaskan persahabatan anda.Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula..

    8) Belajar daripada satu sama lain.

    9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

    10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

    15 Perkara yang Jarang Kita Perasan Dalam Persahabatan

    Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung...

    1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda
    dan sanggup mati kerana anda.

    2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda
    dalam beberapa cara.

    3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin
    menjadi seperti anda.

    4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada
    seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

    5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

    6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

    7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

    8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

    9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

    10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
    disebaliknya.

    11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula;
    mungkin anda yang meminggirkan mereka.

    12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk
    mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan
    memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri
    lambat-laun anda akan memperolehinya.

    13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala
    makihamun, caci & cela.

    14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan
    merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

    15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
    memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.

    Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam
    untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang
    hidup untuk melupakannya.

    Tips Cinta Suami Isteri

    * Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

    * Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

    * Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

    * Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

    * Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

    * Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

    * Laungkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

    * Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

    * Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

    * Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

    * Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

    * Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

    * Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

    * Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

    * Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

    * Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

    * Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

    * Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

    * Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

    Friday, May 28, 2004

    HATI DAN PERASAAN ‎

    Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum ‎menemui insan yang betul supaya ‎apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.‎

    ‎Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.‎

    Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.‎

    ‎Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

    ‎Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk ‎mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

    ‎Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan
    ‎anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
    ‎fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik
    ‎dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.‎Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka
    ‎yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

    Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
    ‎Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.‎Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di
    ‎sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
    ‎Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang,tanda peringatan anda pada mereka

    ETIKA PENGURUSAN DIRI

    Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-‎cita untuk mencuba.‎
    ‎1. Mempunyai tujuan hidup‎
    Kenal pasti tujuan hidup sebenarnya. Matlamat peribadi hendaklah sama atau selari ‎dengan matlamat organisasi supaya wujud matlamat hakiki yang membawa kepada ‎kebahagian diri dan bersesuaian dengan organisasi. Setiap matlamat yang dibentuk ‎hendaklah yang khusus dan jelas.‎
    ‎2. Menjaga harga diri.‎
    Setiap manusia itu mempunyai harga diri yang tersendiri. Kita seharusnya berasa puas ‎hati di atas kejayaan kita. Setiap kejayaan yang diperolehi hendaklah dibanggakan dalam ‎keadaan tenang. Tidak perlu perasaan ego atau membangga diri setelah setiap kejayaan ‎diperolehi. Untuk menjamin kita dapat mengekalkan harga diri yang baik hendaklah ‎tanamkan sifat ingin manjadi insane yang positif.‎
    ‎3. Sabar.‎
    Orang yang tiada keyakinan biasanya kurang sabar. Setiap yang kita lakukan tidak ‎semestinya dapat dicapai kejayaan dalam waktu yang singkat. Orang yang mempunyai ‎keyakinan diri biasanya tertumpu kepada masa kini dan sebotaj masa depannya. Kita ‎janganlah mengharapkan sesuatu penghargaan itu dating dengan segera apabila kita ‎melakukan sesuatu dengan baik. Ia akan datang dengan sendirinya tanpa minta-minta.‎
    ‎4. Bentuk sifat ingin meneroka.‎
    Keingan untuk meneroka sesuatu yang baru akan membentuk sifat kreatif dan inovatif ‎dalam diri. Kita selalu beranggapan bahwa apa yang kita tahu adalah benar, sebab itu kita ‎sentiasa mempertahankan apa yang kita tahu. Sedangkan kita sepatutunya tahu bahawa ‎tidak semua perkara yang kita tahu adalah benar.‎
    ‎5. Mempunyai ketekunan dan ketabahan.‎
    Setiap sesuatu yang dilakukan memerlukan ketekunan dan ketabahan. Musuh utama ‎dalam usaha kita mencapai sesuatu kejayaan adalah kebosanan. Begitu juga dengan ‎komitmen dan minat yang mendalam apabila melakukan sesuatu yang akan membawa ‎kepada kejayaan.‎
    ‎6. Perspektif kendiri‎
    Seseorang individu seharusnya mempunyai pandangan dalaman iaitu melihat dari dalam ‎diri apakah perkara yang dilakukan sesuai dengan prinsip diri dan etika yang telah ‎dibentuk. Di sambping itu individu tersebut harus juga melihat perspektif yang lain ‎terhadap dirinya mengenai sesuatu perkara. Kita juga harus mengenalpasti keutamaan ‎dalam sesuatu situasi. Kita juga harus menpunyai pemikiran ke hadapan.‎
    ‎7. Membentuk sifat merdeka.‎
    Kita perlu membentuk sifat merdeka dalam membuat sebarang keputusan. Kita tidak ‎seharusnya terkongkong dengan pemikiran tertentu dalam membuat sebarang keputusan. ‎Namun begitu pandangan dan pendapat orang lain harus dipertimbangkan dalam ‎membuat keputusan.‎
    BLAJA RAJIN2 JGN TGK VCD JER.. ‎

    Erti tarikh lahir

    Hidup manusia penuh dengan 1001 rahsia yang mampu diterokai. Hanya
    menerusi tarikh lahir saja, pelbagai cara dan taktik yang telah
    dikenal pasti untuk mengorek rahsia peribadi seseorang. Kali ini,
    juga berkisarkan tentang tarikh lahir. Tidak seperti sebelumnya di
    mana kamu terpaksa mengira, mencampurkan atau sebagainya, kali ini
    kamu tak perlu bersusah payah. Tiap tarikh lahir sudah diletakkan di
    dalam kategori tertentu.

    ‎01, 06, 11, 16, 21, 26, 31 A1
    ‎02, 07, 12, 17, 22, 27 B2
    ‎03, 08, 13, 18, 23, 28 C3
    ‎04, 09, 14, 19, 24, 29 D4
    ‎05, 10, 15, 20, 25, 30 E5

    Grup A1
    Kamu beranggapan bahawa cinta adalah perkara terindah dalam hidup dan
    kamu suka bila jatuh cinta! Wah! Mungkin sebab itu kamu ni jarang
    benar boleh hidup tanpa cinta. Sebab itu juga kamu mudah untuk jatuh
    cinta atau memperoleh cinta baru setelah kecewa. Namun ini bukan pula
    bermaksud kamu ni jenis playboy/playgirl. Selalunya kamu akan setia
    pada yang satu tapi mudah sangat dikecewakan! Mungkin ini kerana kamu
    sentiasa beranggapan bahawa orang yang kamu sayang tidak benar-benar
    jujur terhadap diri kamu seperti mana kejujuran yang kamu berikan
    kepadanya! Selain itu, kamu juga gemar bersama teman-teman hinggakan
    kadangkala kamu sanggup kecewakan si dia semata mata untuk tidak
    melepaskan peluang melakukan aktiviti kesukaan kamu bersama teman-
    teman. Di kalangan teman-teman, kamu sangat boleh diharap. Namun
    sikap panas baran melampau yang kamu miliki itu membuatkan ramai yang
    tak begitu menyenangi diri kamu dan itu adalah kelemahan paling besar
    yang kamu miliki. So, lepas ni kamu kenalah pandai-pandai kontrol
    sikit perasaan baran tu jika tak nak teman-teman semakin menjauhkan
    diri dari kamu!

    Grup B2
    Impian dan cita-cita adalah perkara yang paling penting dalam hidup
    kamu. Malah kamu juga sanggup melakukan apa saja untuk memenuhinya.
    Itu adalah satu sikap yang positif untuk meraih kejayaan dalam hidup.
    Selain cita-cita dan impian, cinta juga dianggap sesuatu yang sangat
    berharga dalam kehidupan kamu namun sifat kamu yang sentiasa inginkan
    seseorang yang sempurna membuatkan kamu sukar mencari teman yang
    sesuai. Kamu juga sukar untuk mempercayai orang lain. Dari segi
    persahabatan, teman-teman adalah sangat penting bagi kamu malah kamu
    sangat menghargai tiap persahabatan yang terjalin itu. Namun begitu,
    kamu bersifat perahsia di kalangan teman-teman. Kamu bukan seseorang
    yang mudah hendak berkongsi rahsia dengan orang lain biarpun teman
    rapat kamu sendiri! Mungkin itu adalah sikap semula jadi yang kamu
    miliki. Tak mudah percaya pada orang lain! Biasalah tu, takut dijaja
    sesuka hati pula. Selain itu, kamu juga sangat gemar berfikir secara
    mendalam tentang segala perkara yang berlaku. Kata orang tu, kamu
    akan mengambil masa sebelum melakukan sesuatu tindakan kerana tidak
    mahu menyesal di kemudian hari.

    Grup C3
    Kamu beranggapan kehidupan adalah pemberian Tuhan yang indah dan kamu
    gemar untuk menikmati tiap apa yang kamu lakukan dalam hidup. Sikap
    peramah dan baik hati membuatkan kamu disenangi ramai namun
    kadangkala sikap kamu yang agak emosi membuatkan mereka kurang
    menyenangi sikap kamu itu dan seolah menjauhkan diri. Bukan mereka
    tak sudi lagi berkawan dengan kamu tapi sikap kamu yang 'angin satu
    badan' tu kadangkala buat mereka rimas. Dalam perhubungan cinta pula,
    kamu dikatakan seorang yang sangat jujur dan setia dalam percintaan.
    Tapi awas, kamu tidak dapat langsung menerima sebarang bentuk
    penipuan! Sekali kamu tertipu, kamu lebih rela kehilangan cinta itu
    buat selama lamanya walaupun sayang itu masih ada di hati! Ini kerana
    kamu teramat mementingkan kejujuran dalam perhubungan. Bagi kamu,
    jika sekali kamu ditipu tak mustahil ia akan berlaku lagi di masa
    depan! Itulah prinsip yang kamu pegang kuat termasuk juga dalam
    hubungan persahabatan. Usah cuba menikam kamu dari belakang, buruk
    padahnya nanti! Dari segi emosi, kamu mampu mengawal emosi diri kamu
    bila berada di samping si dia namun kadangkala keputusan yang kamu
    ambil menimbulkan kesan negatif pada si dia....

    Grup D4
    Dalam hidup, kamu sentiasa mempunyai matlamat yang hendak kamu capai.
    Malah kamu juga sangat mengambil berat tentang impian orang lain.
    Jadi tak hairan jika kamu sanggup mengetepikan keinginan sendiri demi
    untuk memenuhi keinginan orang lain seperti keluarga dan teman rapat.
    Bagi diri kamu, teman-teman punya pengaruh besar dalam kehidupan kamu
    dan kamu juga sanggup membantu mereka dalam apa keadaan sekalipun.
    Bahkan kadangkala seolah-olah mementingkan t! eman daripada keluarga
    sendiri! Dari segi personaliti diri, kamu juga dikatakan sering kali
    dipengaruhi oleh emosi diri tapi hanya sekejap saja. Kata orang tu,
    cepat panas tapi cepat pula sejuknya. Mungkin ini disebabkan oleh
    rasa kurang sabar yang kamu miliki hingga buatkan kamu selalu lupa
    diri!

    Grup E5
    Kamu seorang yang suka diri disayangi dan dimanjakan selalu oleh
    orang orang-orang yang rapat dengan kamu. Seperti juga dengan grup
    C3, bagi kamu kehidupan adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk
    dinikmati. Walaupun ada pahit maungnya namun itu semua adalah perkara
    normal dalam kehidupan. Tak perlu ambil serius sangat. Selain itu,
    rupanya kamu suka juga suka enjoy untuk menghiburkan hati. Ops!
    Jangan pula salah faham, ia bukanlah perkara yang negatif. Mungkin
    sekadar keluar bersama teman-teman atau melakukan aktiviti yang
    disukai untuk menghilangkan tekanan. Ini juga salah satu sebab
    mengapa kamu punya ramai teman malah kamu memang punya hobi untuk
    menambah koleksi teman-teman yang kamu sayangi. Keburukan kamu, punya
    pelbagai impian tapi tak berusaha keras untuk mencapainya. Ini juga
    disebabkan oleh sikap semula jadi kamu yang suka sangat mengambil
    mudah tentang sesuatu perkara. Sebenarnya kamu mampu memperoleh apa
    yang kamu impikan dalam hidup tapi selalunya ia tidak menjadi
    kenyataan kerana kamu sendiri tak serius berusaha. Kamu juga gemar
    melakukan kerja separuh jalan. Untuk memiliki lebih banyak kejayaan
    di masa depan, kamu dinasihatkan agar lebih rajin berusaha dan cuba
    ubah sikap buruk kamu tu... demi kebaikan diri kamu sendiri!

    The shortest and surest way to live with honor in the world is to be
    in reality what we would appear to be.

    ‎"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
    sendiri"‎

    Doa Untuk Kedua Orang Tua

    Ya Allah,
    Rendahkanlah suaraku bagi mereka
    Perindahlah ucapanku di depan mereka
    Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
    Lembutkan hatiku untuk mereka.........


    Ya Allah,
    Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
    didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
    kesayan! gan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
    mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


    Ya Allah,
    Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau
    kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, atau
    hilangnya sesuatu hak mereka kerana
    perbuatanku,jadikanlah itu semua penyebab susutnya
    dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
    mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
    hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
    kebaikan berlipat ganda.


    Ya Allah,
    Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
    Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
    Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
    syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
    bersama dengan santunan-Mu di tempat
    kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta
    rahmat-Mu..........


    Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
    Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
    yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.


    Amin Ya Rabbul Alamin..


    Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua
    kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana
    kedurhakaan kita.
    Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya,
    keringatnya.


    Istighfarlah,Istighfarlah...


    Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang
    tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya,
    atau yang
    jarang memperdulikan dan mendoakannya.
    Percayalah bahawa anak yang derhaka
    siksanya didahulukan d! idunia ini.


    Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...‎

    DISEBALIK NAMA EMAIL

    ‎ ‎
    ‎ ‎
    Rogayah Yussuf
    ‎ ‎
    ‎1. GUNAKAN NAMA PENUH
    sekiranya namanya Amirah Alias, dia menggunakan alamat emelnya sbg 'amiran_alias@yahoo.om' iaitu ‎menggunakan nama penuhnya. Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tak suka ‎berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatanya. Tapi ingat, jangan cuba perlekehkan dia.

    ‎2. NAMA DEPAN & TENGAH
    contohnya: Amril Luqman Mohd. Dia menggunakan alamat email sbg 'amril_luqman@yahoo.com' iaitu nama awal ‎dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan ‎sanggup ketepikan hal org lain demi kepentingan sendiri. Selain itu, dia juga berani utk tampil di khalayak ramai dan ‎mengeluarkan pendapat dengan lantang.

    ‎3. NAMA & TAHUN
    contoh: Nur Ashiqin ditulis sbg 'ashiqin2002@hotmail.om'. Wah! Dia dikatakan! seorang yang mempunyai ego yang ‎tinggi. Pantang sesiapa yang uba nak tentang pendapatnya. Selain itu dia jugak tak suka komitmen dlm jangka masa ‎yang terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah-olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Bagaimana ‎dgn tahun 2003? Apakah dia juga akan turut mengubah tahun di akhir nikname itu?

    ‎4. NAMA SAMARAN
    contoh: 'cute_lady@tokeikedai.net' Dia langsung tidak menggunakan nama penuhnya dan menggunakan nama ‎samaran yang cukup menarik. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang gemar hidup dalam khayalan hingga ‎kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikkinya membuatkan ‎org selesa bila berada disisinya. Jika diasah, dia boleh menjadi pemimpin, dgn gaya tersendiri.

    ‎5. NOMBOR & ABJAD
    contohnya SN24275. Namanya hanya diwakili oleh abjad dan huruf saja. Ia menggambarkan bahawa dia seorang ‎yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu 'membuka' dirin! ya kepada seseorang. ‎Itupun seadainya kepercayaan mampu diraih. Jika tidak... . kirim salam saja lah.! ‎


    Cara halau hantu

    Polong

    Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah ‎cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas ‎kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu ‎kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.

    Langsuir

    Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda renung balik ‎muka

    dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, ‎pasti dia tersipu-sipu malu.

    Pontianak

    Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ‎ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu ‎dia boring.


    Hantu Raya

    Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara ‎mengalahkannya

    senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ‎ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia ‎tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

    Hantu Galah

    Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi.Kalau terjumpa dia, kita ‎hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada di situ.

    Jerangkung

    Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah ‎untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk ‎dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

    Toyol

    Lgi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-‎guni..nanti

    dia ingat duit emas,lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya...lepas ‎tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar ‎duit satu sen banyak2 tu...

    Hantu Ponteng

    Yang ni payah sikit nak cakap sebab,hantu-hantu ni cam korang ‎lerrr..takder kerja lain asyik ponteng keja , lepaih tu nengok e-‎mail..macam sekarang nih..sah-sah tengah baca e-mail nie..macamana nak ‎jawab..korang sendiri gak jadik hantu..jadi bawak-bawaklah buat keja ‎‎.....hehe! hehehehe‎

    ANTARA CINTA DAN SUKA

    Di depan orang yang kamu "cinta", jantungmu akan
    berdebar-debar dengan
    cepat. Di depan orang yang kamu "suka", kamu akan
    selalu bahagia.
    Di depan orang yang kamu "cinta", musim dingin
    serasa musim semi.
    Tetapi di depan orang yang kamu "suka" musim
    dingin sama saja dengan
    musim dingin yang indah.

    Jika kamu melihat ke dalam mata orang yang
    kamu "cinta", maka kamu akan bertemu.Tetapi jika
    kamu melihat ke
    dalam mata orang yang kamu "suka",maka kamu akan
    tersenyum.

    Di depan orang yang kamu "cinta", kamu tidak akan
    dapat mengungkapkan
    apa yang ada di benakmu.Tetapi di depan orang
    yang kamu "suka", kamu dapat mengungkapkannya.

    Di depan orang yang kamu "cinta", kamu cenderung
    malu. Tetapi di depan orang yang kamu "suka",
    kamu bisa
    menunjukkan diri kamu yang sebenarnya.

    Orang yang kamu "cinta", biasanya akan muncul di
    benakmu setiap 2 minit.
    Kamu tidak akan dapat menatap langsung ke mata
    orang yang kamu cintai.
    Tetapi kamu akan selalu tersenyum jika menatap
    mata orang yang kamu suka.

    Ketika orang yang kamu cintai sedang menangis,
    kamu akan ikut menangis bersamanya.Tetapi jika
    orang yang
    kamu sukai menangis,kamu akan mengakhirinya
    dengan kelegaan.

    Perasaan dari "cinta" dimulai dari tatapan mata.
    Dan perasaan "suka" dimulai dari pendengaran
    telinga.

    Jadi, jika kamu berhenti menyukai seseorang, yang
    harus kamu lakukan adalah menutup telingamu.
    Tetapi jika
    kamu mencuba untuk menutup matamu, cinta akan
    berbalik menjadi titisan air mata dan akan selalu
    berbekas di
    hatimu selamanya...‎

    ‎8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI ‎

    C1. CABAR
    Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar ‎terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar ‎lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata ‎‎"Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR ‎SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata... ‎
    C2. CABUL
    Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu ‎langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim ‎tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak ‎sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada ‎mertua... ‎
    C3. CELUPAR
    Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih ‎kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap ‎pada suami sehingga membuat suami jauh hati. ‎
    C4. COMOT
    Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah ‎wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-‎tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan ‎comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak ‎yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah tak ‎praktik pun. ‎
    C5. CEMBURU
    Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu ‎hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada ‎perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak ‎dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok ‎telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya ‎macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2... ‎
    C6. CEREWET
    Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu ‎mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. ‎Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. ‎Restoran nak ada air-cond aje. ‎
    C7. CINCAI
    Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak ‎cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak...anak ‎dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.... ‎
    C8 CUAI
    Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia ‎melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada ‎masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan ‎membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini. ‎
    ‎8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran ‎tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada ‎masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang ‎buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renungkanlah.....‎

    ‎30 persoalan kenapa lelaki masih membujang‎

    ‎1."Duit dah tak ada". ‎
    Padahal duit disimpan untuk membeli pakaian yang berjenama.

    ‎2. "Nak beli kereta mewah dulu baru nak kahwin". ‎
    Padahal kerja bertahun dan penat lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta mewah.

    ‎3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati". ‎
    Padahal memilih sangat,tak mau yang gemuk, kurus sangat pun tak suka.

    ‎4."Tak datang seru lagi kot". ‎
    Padahal awek atau pakwe keliling pinggang.

    ‎5."Banyak sangat halangan". ‎
    Padahal diri belum bersedia.

    ‎6."Belum bersedia la". ‎
    Padahal cukup segala syarat2 nya.

    ‎7. "Ilmu tak cukup la". ‎
    Padahal dah ada master atau PHD.

    ‎8."Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat
    isteri yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua
    dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri".‎
    Padahal tak pernah usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan mencari
    ilmu secuk! upnya dan tak pernah mencuba pun.Padahal Allah dah berfirman yang
    bermaksud Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan bergitulah sebaliknya.

    ‎9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".‎
    Padahal tak reti pon nak bercinta.

    ‎10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la".‎
    Padahal tak buat kerja apa pon.

    ‎11."Busy la, banyak keje nie". ‎
    Padahal pentingkan kerja daripada menunaikan sunnah nabi.

    ‎12."Jodoh tak sampai lagi kot".‎
    Padahal jodoh dah ditentukan Allah cuma perlulah berusaha.

    ‎13."Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak
    merajuk dan marah macam kita nie suka sangat" . ‎
    Padahal memang dah lumrah alam sebab marah tandanya sayang.

    ‎14."Ye lah memang la marah tu tanda sayang tapi saya tak suka la, lepas tu
    dia heret kita kehulu kehilir".‎
    Padahal suka bagi muka kepada orang tu dan tak terangkan dengan jelas apa yang kita suka ‎dan tidak suka.

    ‎15. "Dah bagitau dah, nie kita s! uka dan nie kita tak suka, tapi masih dia
    buat juga yang kita tak suka".‎
    Padahal tak pernak ambil tau tentang apa yang disukai oleh org yang kita sukai. Sedangkan kita ‎selalu buat perkara yang org lain tak suka.

    ‎16."Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la".‎
    Padahal banyak baca buku2 novel yg berunsurkan sedemikian.

    ‎17."Lelaki nie suka pasang ramai org sangat". ‎
    Padahal ramai artis2 lelaki yang dipujanya dan bila jumpa lelaki kacak mula nak terhegeh-hegeh.

    ‎18. "Lelaki memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak". ‎
    Padahal pentingkan diri- sendiri.

    ‎19. "Nak carik yang solehah/soleh lah".‎
    Padahal diri tak pernah solat dan quran tak pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur je.

    ‎20. "Suka yang pakai tudung labuh je". ‎
    Padahal masih pakai seluar pendek,mandi masih ikut style koboi.

    ‎21. "Nak dapat yang berkekalan sehingga keakhir hayat". ‎
    Padahal suka cemburu, suka boros, suka pada yang cantik saja, suka pada! yang kaya saja.

    ‎22. "Masalah la". ‎
    Padahal dah tahu WORLD IS STAGE OF PROBLEM.

    ‎23. "Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau phd malu la".
    Padahal belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik mengabaikan pelajaran sebab
    dating selalu. Memang dah dungu dah....( kueng kueng kueng....:o) )

    ‎24. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya". ‎
    Padahal bunga bukan seekor, kumbang bukan sekuntum.

    ‎25. "Tak mau la bercinta, dok seorang lagi seronok,tak lah dikongkong, tak
    akan terluka, jimat duit sikit".‎
    Padahal mengeluh bila kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila.Cemburu tengok org. kahwin. ‎Pantang tengok perempuan atau lelaki cantik.

    ‎26. "Payah la nak jaga hati masing-masing".‎
    Padahal makan hati banyak sangat, sensitive sangat, lepas tu banyak makan sarang tebuan, ‎lepas tu suka sangat main hujan, main api, main mata, main2.dan sebagainya.

    ‎27. "Dah usaha dah, dah mandi bunga dah, dah cukup semua syarat2, tapi satu pon tak lekat. ‎Me! mang dah tak ader jodoh kot". ‎
    Padahal tak ada keyakinan diri, tak ada kerpercayaan pada org lain. Suka dengar cerita daripada ‎org lain,suka buat orang yang kita sukai meluat, perangai macam setan, suka
    berjudi, suka tikam nombor ekor dll

    ‎30. "Ramai sangat la yang suka mana satu nak pilih nie susah lah". ‎
    Padahal tau boleh kahwin sampai 4 ikut sunnah.....................................‎

    ‎24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN ‎

    Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg ‎menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan ‎kepada kita.

    Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg. jangan dilakukan yg. ‎seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri ‎sendiri. :

    ‎1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ‎ALLAH s.w.t.

    ‎2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). ‎Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

    ‎3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh ‎kerana ianya merbahayakan.

    ‎4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. ‎Makruh dan mewarisi kepapaan.

    ‎5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana ‎berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

    ‎6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. ‎Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

    ‎7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-‎takut mati dalam perjalanan.

    ‎8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan ‎mewarisi kepapaan.

    ‎9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap ‎diselaputi dosa.

    ‎10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

    ‎11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh ‎datang bila-bila masa.

    ‎12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama ‎manusia kalau memang kita bersalah.

    ‎13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..

    ‎14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap ‎kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

    ‎15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan ‎memurahkan rezeki kita.

    ‎16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

    ‎17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan ‎menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

    ‎18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. ‎teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

    ‎19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih ‎utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

    ‎20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat ‎tinggal jin kafir dan syaitan.

    ‎21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan ‎jin.

    ‎22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika ‎masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

    ‎23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama ‎seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita ‎bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

    ‎24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab ‎semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih ‎mengetahui.

    Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya ‎juga.