Friday, May 28, 2004

Erti tarikh lahir

Hidup manusia penuh dengan 1001 rahsia yang mampu diterokai. Hanya
menerusi tarikh lahir saja, pelbagai cara dan taktik yang telah
dikenal pasti untuk mengorek rahsia peribadi seseorang. Kali ini,
juga berkisarkan tentang tarikh lahir. Tidak seperti sebelumnya di
mana kamu terpaksa mengira, mencampurkan atau sebagainya, kali ini
kamu tak perlu bersusah payah. Tiap tarikh lahir sudah diletakkan di
dalam kategori tertentu.

‎01, 06, 11, 16, 21, 26, 31 A1
‎02, 07, 12, 17, 22, 27 B2
‎03, 08, 13, 18, 23, 28 C3
‎04, 09, 14, 19, 24, 29 D4
‎05, 10, 15, 20, 25, 30 E5

Grup A1
Kamu beranggapan bahawa cinta adalah perkara terindah dalam hidup dan
kamu suka bila jatuh cinta! Wah! Mungkin sebab itu kamu ni jarang
benar boleh hidup tanpa cinta. Sebab itu juga kamu mudah untuk jatuh
cinta atau memperoleh cinta baru setelah kecewa. Namun ini bukan pula
bermaksud kamu ni jenis playboy/playgirl. Selalunya kamu akan setia
pada yang satu tapi mudah sangat dikecewakan! Mungkin ini kerana kamu
sentiasa beranggapan bahawa orang yang kamu sayang tidak benar-benar
jujur terhadap diri kamu seperti mana kejujuran yang kamu berikan
kepadanya! Selain itu, kamu juga gemar bersama teman-teman hinggakan
kadangkala kamu sanggup kecewakan si dia semata mata untuk tidak
melepaskan peluang melakukan aktiviti kesukaan kamu bersama teman-
teman. Di kalangan teman-teman, kamu sangat boleh diharap. Namun
sikap panas baran melampau yang kamu miliki itu membuatkan ramai yang
tak begitu menyenangi diri kamu dan itu adalah kelemahan paling besar
yang kamu miliki. So, lepas ni kamu kenalah pandai-pandai kontrol
sikit perasaan baran tu jika tak nak teman-teman semakin menjauhkan
diri dari kamu!

Grup B2
Impian dan cita-cita adalah perkara yang paling penting dalam hidup
kamu. Malah kamu juga sanggup melakukan apa saja untuk memenuhinya.
Itu adalah satu sikap yang positif untuk meraih kejayaan dalam hidup.
Selain cita-cita dan impian, cinta juga dianggap sesuatu yang sangat
berharga dalam kehidupan kamu namun sifat kamu yang sentiasa inginkan
seseorang yang sempurna membuatkan kamu sukar mencari teman yang
sesuai. Kamu juga sukar untuk mempercayai orang lain. Dari segi
persahabatan, teman-teman adalah sangat penting bagi kamu malah kamu
sangat menghargai tiap persahabatan yang terjalin itu. Namun begitu,
kamu bersifat perahsia di kalangan teman-teman. Kamu bukan seseorang
yang mudah hendak berkongsi rahsia dengan orang lain biarpun teman
rapat kamu sendiri! Mungkin itu adalah sikap semula jadi yang kamu
miliki. Tak mudah percaya pada orang lain! Biasalah tu, takut dijaja
sesuka hati pula. Selain itu, kamu juga sangat gemar berfikir secara
mendalam tentang segala perkara yang berlaku. Kata orang tu, kamu
akan mengambil masa sebelum melakukan sesuatu tindakan kerana tidak
mahu menyesal di kemudian hari.

Grup C3
Kamu beranggapan kehidupan adalah pemberian Tuhan yang indah dan kamu
gemar untuk menikmati tiap apa yang kamu lakukan dalam hidup. Sikap
peramah dan baik hati membuatkan kamu disenangi ramai namun
kadangkala sikap kamu yang agak emosi membuatkan mereka kurang
menyenangi sikap kamu itu dan seolah menjauhkan diri. Bukan mereka
tak sudi lagi berkawan dengan kamu tapi sikap kamu yang 'angin satu
badan' tu kadangkala buat mereka rimas. Dalam perhubungan cinta pula,
kamu dikatakan seorang yang sangat jujur dan setia dalam percintaan.
Tapi awas, kamu tidak dapat langsung menerima sebarang bentuk
penipuan! Sekali kamu tertipu, kamu lebih rela kehilangan cinta itu
buat selama lamanya walaupun sayang itu masih ada di hati! Ini kerana
kamu teramat mementingkan kejujuran dalam perhubungan. Bagi kamu,
jika sekali kamu ditipu tak mustahil ia akan berlaku lagi di masa
depan! Itulah prinsip yang kamu pegang kuat termasuk juga dalam
hubungan persahabatan. Usah cuba menikam kamu dari belakang, buruk
padahnya nanti! Dari segi emosi, kamu mampu mengawal emosi diri kamu
bila berada di samping si dia namun kadangkala keputusan yang kamu
ambil menimbulkan kesan negatif pada si dia....

Grup D4
Dalam hidup, kamu sentiasa mempunyai matlamat yang hendak kamu capai.
Malah kamu juga sangat mengambil berat tentang impian orang lain.
Jadi tak hairan jika kamu sanggup mengetepikan keinginan sendiri demi
untuk memenuhi keinginan orang lain seperti keluarga dan teman rapat.
Bagi diri kamu, teman-teman punya pengaruh besar dalam kehidupan kamu
dan kamu juga sanggup membantu mereka dalam apa keadaan sekalipun.
Bahkan kadangkala seolah-olah mementingkan t! eman daripada keluarga
sendiri! Dari segi personaliti diri, kamu juga dikatakan sering kali
dipengaruhi oleh emosi diri tapi hanya sekejap saja. Kata orang tu,
cepat panas tapi cepat pula sejuknya. Mungkin ini disebabkan oleh
rasa kurang sabar yang kamu miliki hingga buatkan kamu selalu lupa
diri!

Grup E5
Kamu seorang yang suka diri disayangi dan dimanjakan selalu oleh
orang orang-orang yang rapat dengan kamu. Seperti juga dengan grup
C3, bagi kamu kehidupan adalah sesuatu yang menyeronokkan untuk
dinikmati. Walaupun ada pahit maungnya namun itu semua adalah perkara
normal dalam kehidupan. Tak perlu ambil serius sangat. Selain itu,
rupanya kamu suka juga suka enjoy untuk menghiburkan hati. Ops!
Jangan pula salah faham, ia bukanlah perkara yang negatif. Mungkin
sekadar keluar bersama teman-teman atau melakukan aktiviti yang
disukai untuk menghilangkan tekanan. Ini juga salah satu sebab
mengapa kamu punya ramai teman malah kamu memang punya hobi untuk
menambah koleksi teman-teman yang kamu sayangi. Keburukan kamu, punya
pelbagai impian tapi tak berusaha keras untuk mencapainya. Ini juga
disebabkan oleh sikap semula jadi kamu yang suka sangat mengambil
mudah tentang sesuatu perkara. Sebenarnya kamu mampu memperoleh apa
yang kamu impikan dalam hidup tapi selalunya ia tidak menjadi
kenyataan kerana kamu sendiri tak serius berusaha. Kamu juga gemar
melakukan kerja separuh jalan. Untuk memiliki lebih banyak kejayaan
di masa depan, kamu dinasihatkan agar lebih rajin berusaha dan cuba
ubah sikap buruk kamu tu... demi kebaikan diri kamu sendiri!

The shortest and surest way to live with honor in the world is to be
in reality what we would appear to be.

‎"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri"‎

No comments: